Kenapa Perlu Memasang Perangkap Minyak
Perangkap Minyak Model GTS02 Bawah Sinki
Perangkap minyak dapat mengelakkan salur paip buangan tersumbat dengan sisa makanan rumah. Masakan yang berlemak ditambah pula dengan penggunaan air sejuk sebagai alat untuk membersihkan kotoran sisa makanan menyebabkan lemak menjadi beku di dalam saluran paip. Kos untuk membersihkan saluran paip yang tersumbat adalah mahal kerana masyarakat Malaysia kurang sikap penyelenggaraan berkala.
Perangkap minyak ini diletakkan di bawah sinki dapur. Biasanya sinki dapur moden mempunyai kabinet, jadi perangkap minyak boleh diletakkan dalam kabinet. Buangan sisa akan diperangkap dalam tapisan dan pemeriksaan berkala diperlukan untuk membuang dan membersih sisa sebelum sisa ini masuk ke dalam saluran paip dan menyebabkan masalah sumbat.
Memasang perangkap minyak ini boleh membawa banyak kelebihan dan juga dapat mengelakkan masalah pencemaran alam sekitar kita. Lagipun, kerajaan Malaysia juga mewajibkan premis makanan memasang perangkap minyak untuk mengurangkan masalah pencemaran yang dibawa oleh sisa makan, minyak dan lemak.
TOGETHER WE MAKE THE WORLD GREEN.
Comments
Post a Comment